Showing posts with label Sarapan. Show all posts


Tora datang lagi. Hehehe. Kali ini Bella nak kongsi dengan pembaca semua satu menu baru di Family Mart. Nama dia ialah Blueberry Cream Cheese Bagel. Nampak menu ini macam selalu Mat Saleh makankan? Selalunya bagel ini kita akan tengok hanya di kafe-kafe seperti di Coffee Bean tapi kali ini kita semua boleh nikmati menu ala-ala cara eropah ini dengan harga yang lebih murah tapi masih sedap. 

Blueberry Cream Cheese Bagel ini merupakan menu sempena musim luruh yang dikeluarkan oleh Family Mart sehingga 21 Mac 2023 dan berharga RM 7.90. Ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau tanya aku, aku suka nikmatinya pada waktu pagi sebab rasanya yang manis dari cream cheese dan masam-masam manis dari buah blueberry itu membuatkan rasanya lebih seimbang.

Untuk tekstur rotinya pula, pada aku memang sangat-sangat lembut. Pada mereka yang memakai pendakap gigi, masih boleh gigit, jangan risau kalau takut buat rasa tak selesa. Tapi jangan lupa minta dipanaskan dahulu sebelum makan baru sedap. Makan satu pun dah kenyang sangat-sangat di ambah pula dengan secawan kopi, lagi menaikkan rasa segar di pagi hari.

Orang kata nak mula sesuatu yang baru diawal pagi elok rasanya dimulakan sarapan yang enak tapi tidak berlebihan. Jadi esok pagi boleh tambah idea untuk bersarapan. Selamat mencuba.

Blueberry Cream Cheese Bagel

Tuesday, 14 March 2023

Hujung bulan lepas, aku ambil cuti dan berjalan ke Melaka. Aku bertolak dari KL sekitar jam 7:30 pagi. Jadi aku pun bersama-sama redah jam dengan orang-orang yang pergi kerja. Tak pasal-pasalkan. Itulah siapa suruh keluar awal pagi sangatkan. Jadi aku aku sampai ke susur masuk ke Ayer Keroh dalam pukul 8:45 macam itu. 

Rancangan asalnya aku memang nak singgah sarapan di Roti Canai Kayu Arang, Melaka. Tapi yang menyedihkan rupa-rupanya warung itu tutup setiap hari Rabu. Jadi hampalah harapan kami merasa tempat viral itu. Tanpa buang masa, aku terus cari tempat untuk bersarapan. Cari punya cari, aku jumpa satu tempat yang hanya kurang 10 minit untuk sampai dari Ayer Keroh iaitu di Awang Roti Canai yang terletak di Bukit Beruang. Kalau senang nak cari, boleh setkan pencarian di Sk. Bukit Beruang. Warung ini terletak betul-betul dihadapan sekolah.

Masa sampai itu, aku macam pelik juga sebab kedai dia sedikit kecil dan nak letak kereta pula berhampiran dengan rumah-rumah orang. Tapi aku terus redah sebab masa itu sudah agak lewat nak bersarapan takut perut masuk angin pula. Jadi kami terus masuk ke dalam warung. Aku agak suka dengan suasana di warung itu sebab disana kalian akan lihat berbilang kaum yang duduk bersarapan disitu. Kedainya agak kecil tetapi ramai dengan pelanggan dan yang paling aku suka bila aroma kari menusuk ke dalam hidung aku terus buat perut aku bergelora tak sabar nak makan. Masa aku nak duduk itu, penuh semua meja, jadi aku duduk dengan dua orang wanita berbangsa cina. Dari gaya macam emak dan anak.

Aku terus lihat menu disekeliling dan menunya memang tidak banyak pilihan. Aku pesan 3 keping roti kosong dan sekeping roti telur dan set roti didatangi dengan kuah kari ikan jenahak dan aku tambah dengan sambal sotong. Fuh, memang terangkat baunya bila sampai. Sampai sahaja pesanan dimeja, aku siat roti dia, rotinya memang gebu dan harum sangat. Padahal roti canai sahajakan. Tapi jujur aku cakap roti dia rangup diluar lembut di dalam, memang aku nikmati sangat-sangat cicah pula dengan kuah kari ikan jenahak dan sambal sotong. Sambal sotong rasa pedas-pedas manis. Macam tak cukurp rasanya makan sekeping sahaja tapi memandangkan aku dalam tempoh diet, jadi aku kawal sedikit nafsu makan aku 😂😂😂. Roti telur pun sedap, masih rangup seperti roti biasa.

Aku lihat sekeliling, kebanyakan pelanggan disitu memang akan ambil roti lebih dari sekeping. Ada pelanggan pelakang aku, dia makan sampai 3 keping. Depan meja aku pasangan berbangsa cina itu siap pesan kari sekali dengan ikan jenahak. Fuh, kalau aku dah gaji memang aku pesan dengan ikan-ikan sekali. Memang tak menyesal beli.

Dari pemerhatian aku, warung ini mungkin telah lama beroperasi mungkin pemiliknya juga sudah beberapa generasi kerana keadaan warung itu masih mengekal ciri asli warung orang melayu macam duduk sarapan zaman-zaman 80-an dahulu.

Kalau pergi ke Melaka, jangan lupa singgah di warung ini ya. Memang takkan menyesal. Selamat mencuba

Awang Roti Canai

Wednesday, 8 March 2023



Hari ini aku mahu berkongsi satu tempat makan yang sedap dan paling seronok tempat sarapannya kerana banyak aneka pilihan menu disediakan. Sabtu lepas, aku bersama keluarga abang aku serta mak aku bersarapan di kawasan sekitar Kampung Jimah Lama di Negeri Sembilan.

Sebenarnya tak merancang pun nak bersarapan diluar memandangakan musim Cuti Perayaan Cina. Iyalah takut-takut banyak kedai-kedai makan yang tutup. Maklumlah orang Malaysia ini pantang cuti tak kira cuti orang Cina ke orang India ke cuti Hari Raya ke mesti banyak kedai-kedai yang akan tutup. Jadi nak dijadikan cerita, abang aku ajak bersarapan diluar dan dia juga yang cadangkan Warung Atok Nenek ini.

Kawasan Warung ini agak ke dalam dari jalan besar dan mula-mula masuk kawasan Kampung Jimah Lama ini aku ingat tak ramai pengunjung di warung tersebut sebab agak dalam tapi rupa-rupanya telahan aku meleset sebab masa aku sampai itu orang dah ramai dan boleh dikatakan hampir meja-meja dikedai penuh dengan pelanggan yang datang bersama keluarga besar. Dari rumah mak aku adalah dalam 10 minit nak sampai ke warung tersebut. Kalau susah nak cari boleh pakai Google Maps/ Waze.

Aku sampai sahaja paling aku suka adalah kawasan diwarung, ia dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan sangat-sangat cantik di sekitarnya. Masa aku sampai itu dalam pukul 9 pagi dan cuaca masih sejuk. Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana memang mereka ada sediakan satu kawasan lapang yang dijadikan tempat letak kereta.


Alamat : Kampung Jimah Lama, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 
                            Isnin             Tutup
                            Selasa           6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Rabu             6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Khamis         6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Jumaat          6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari
                            Sabtu            6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari
                            Ahad             6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari

Cara nak pesan makanan sangat-sangat mudah.

  • Kaunter A 
Khas untuk pesan menu yang berasaskan roti sahaja seperti roti canai, roti sarang burung, roti bakar, roti bakar istimewa, murtabak pun ada juga dijual disini dan terus bayar disitu. Cara pembayaran boleh dengan tunai dan boleh QR Pay kalau tak silap aku.

  • Kaunter B
Kaunter untuk pesan menu lain seperti nasi lemak, laksa, kuih muih, bihun sup, lontong, air minuman dan banyak lagi. Cara pembayaran seperti di kaunter A. Menu istimewa dihari minggu adalah nasi lemak daging masak hitam.

Sewaktu pesan menu sila maklumkan meja yang kita duduk sebab mereka akan hantar pesanan mengikut nombor meja. Kalau nak pergi tandas jangan risau sebab tandas memang disediakan disana ya. 



Jika mahu tahu banyak tentang menua terkini boleh ke Facebook mereka di:

Kalau singgah dikawasan Masjid Sendayan bolehlah singgah di Warung Atok Nenek. Sampai ketemu lagi semua.

Sekian.

Sarapan di Warung Atok Nenek

Thursday, 26 January 2023

Instagram