Assalamualaikum semua. Hai hari ini berita gembira buat pertama kalinya Cik Nabilah dan kawan-kawan Atiqah dan NHHM ingin mengadakan Giveaway yang diberi nama "Thrice the charm Giveaway by Atiqah, Nabilah & NHHM" untuk semua pengikut kami yang bertuah bersempena dengan kedatangan saya dan rakan ke dunia blog. 

Untuk menyertai Giveaway ini sangatlah mudah. Jadi tanpa membuang masa ayuh kita pergi ke langkah-langkah untk menyertai giveaway ini.

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mari follow blog Nabilah, Atiqah dan NHHM.
  2. Copy dan paste bena di atas dan buat satu entry di blog anda bertajuk "Thrice the charm Giveaway by Atiqah, Nabilah & NHHM".
  3. Backlink entry anda ke salah satu blog di atas.
  4. Tinggalkan link entry giveaway anda diruangan komen di salah satu blog di atas (nak komen dekat ketiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)
Tarikh penyertaan:
  • 15 Februari - 15 Mac 2023
Hadiah Giveaway:
  1. (1) helai tudung (Waarna)
  2. (2) balang chocojar (Mouthgasm)
  3. (2) botol popcorn (Eng's Popcorn)
Cara pemilihan:
Marilah sertai tanda anda semua meraikan kedatangan kami di dunia blog. Selamat mencuba😍

Thrice the charm Giveaway by Atiqah, Nabilah & NHHM

Wednesday 15 February 2023


Hai semua. Saya kembali lagi dengan  info kafe-kafe menarik disekitar Cyberjaya. Kali ini aku nak berkongsi tentang Kafe Locca yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Kafe ini berhampiran dengan E-Mart. Sangat mudah dicari. Kafe ini agak cantik dan menenangkan. Maklumlah kafe yang begini kita bukan setakat bayar harga makanan sahaja tapi suasana yang ramai sebenarnya ramai orang suka.

Locca kafe ini merupakan kafe yang dibangunkan melalui program pembangunan usahawan melalui MARA. Tujuan utamanya ialah untuk memperkukuh para usahawan Bumiputera dalam industri makanan & minuman setanding dengan jenama antarabangsa. Di cawangan Tamarind Square ini ia  baru sahaja beroperasi bermula pada 13 November 2022. Locca kafe ini juga mempunyai beberapa cawangan antaranya ialah di Bandar Sri Permaisuri dan Dantum Keramat.

Kafe ini sangat cantik dan agak luas dari kafe yang aku pergi sebelum ini. Ia juga dibuka awal pagi. Kalau rasa-rasa ada urusan di Cyberjaya dan sekitarnya, mencari minum kopi atau sarapan, bolehlah singgah di kafe ini. Aku rasa kalau nak bawa meraikan majlis dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang ramai memang muat. 


Bab rasa kopi di kafe ini, aku agak suka rasanya yang lebih kuat rasa kopinya. Aroma kopi kawan aku yang aku minum memang harum. Ais coklatnya juga sedap. Tidak terlalu manis atau rasa yang tawa. Coklatnya ada rasa pahit-pahit sedikit dihujung rasa. Aku memang sukakan air coklat yang begini. Harga secara keseluruhannya aku rasa berpatutan kalau di kedai-kedai sebegini. 

Makanannya pula aku bungkus sebab kesuntukan masa. Harga untuk makanan kek dan pastri yang aku beli agak murah dan berpatutan tapi harga untuk makan berat sedikit mahal. Cuma aku tak cuba sebab awal pagi jadi tak tahu rasa sedap atau tak. Pastri dia sedap sahaja. Nanti macam biasa boleh aku cuba lagi sekali untuk menu-menu yang lain pula.


Waktu Operasi: 
8.00 Pagi-10 Malam
 (Dibuka setiap hari)

No.Telefon: 019-6656080

Alamat :
 FR-02-01, Tamarind Square, Perisaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Website: 

Instagram: 

Locca Cafe, Cyberjaya

Thursday 9 February 2023

Hujung minggu lalu, aku pergi ke zoo negara. Aku pergi bersama dengan keluarga mertua. Hujung minggu seronok sangat rasanya dapat luangkan masa bersama keluarga. Aku sampai dalam jam lebih kurang pukul 10:30 pagi dan masih awal lagi. Kami letak tempat kereta  dikawasan tempat kereta yang disediakan hanya bayar RM 10.00 sekali masuk sahaja.Waktu aku beli tiket memang tak ramai pun orang. Jadi memang cepat. Harga tiket dah naik sikit tapi yang seronoknya harga tiket termasuk dengan rumah panda. Jadi aku rasa berbaloi kalau nak bawa anak-anak masa cuti sekolah bulan Februari ini.

Masa nak masuk dalam zoo, akan ada pembantu zoo yang bantu kita pakai lilitan ditangan. Jangan dibuka sepanjang dalam zoo sebab takut pulak orang ingat kita curi-curi masuk tanpa bayar pula 😁😁. Lepas masuk, terus mereka bagi peta untuk memudahkan pengunjung jalan-jalan dalam zoo dan mereka minta para pengunjung untuk sesi bergambar bersama keluarga masing-masing. Kalau nak buat kenangan, boleh beli pakej gambar yang tersedia. Tak silap aku harga paling murah sekeping gambar RM 60.00 dapat percuma 3 pelekat peti ais. Harga pakej dari RM 60.00 hingga RM 300.00 lebih .

Tempat pertama yang kami lawati ialah di kawasan Childrens World. Di kawasan ini, haiwan-haiwan di dalamnya kita boleh pegang secara dekat. Anak buah aku paling dia suka main dengan burung kakak tua dan ada burung-burung kecil. Haiwan dalam kawasan itu semuanya jinak-jinak belaka. Ada burung kakak tua, ayam, kuda padi, arnab, kambing, kura-kura. Bawa anak-anak dekat dalam ini supaya mereka kurang rasa takut dengan haiwan.


Kalau pergi ke zoo haiwan-haiwan mereka letakkan mengikut habitat. Jadi mudah untuk para pengunjung nak berjalan. Lagi mudah sebab kita sudah dibekalkan dengan peta di pintu masuk. Kami jalan dari pukul 10 lebih sampai dekat 2:30 petang. Rumah panda kita boleh masuk dah sebab macam aku maklumkan yang harga tiket sudah termasuk dengan harga rumah panda. Masa masuk rumah panda itu kena senyap-senyap je sebab panda banyak habiskan masa dengan tidur sahaja. 

Haiwan seperti singa, harimau, harimau kumbang, beruang matahari semua itu boleh tengok secara dekat. Masuk sahaja laluan seperti gambar dibawah dan boleh lihat haiwan secara dekat. Sekarang zoo ssemua tempat dah tak ada pembaikan. Jadi banyak haiwan dah ada dalam zoo. Bagi aku memang sangat berbaloi pergi bawa anak-anak.


Pada pukul 11am dan 3pm akan ada pertunjukan di sekitar habitat laut. Rugi kalau pergi zoo tapi tak melihat pertunjukan ini. Memang seronok sebab persembahan perlbagai haiwan yang sudah dilatih. Nampak bijak sangat-sangat. Kalau bawa anak-anak memang lagi meriah. Masa aku datang hari sabtu, jadi memang banyak sekolah buat lawatan ke zoo. Macam gambar dekat bawah memang penuh tempat duduk masa waktu pertunjukan. Pertunjukan ini masa kurang dari setengah jam sahaja. 



Jadi kalau nak bawa anak-anak pada cuti sekolah akan datang, aku memang cadangkan masukkan pergi ke zoo dalam senarai aktiviti ibu ayah yang mungkin tengah fikir-fikir idea untuk penuhkan aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah. Selain berseronok boleh juga bersenam sambil berjalan 😁Sebelum aku terlupa, kalau anak-anak dah meragam berjalankan, ada alternatif untuk pengunjung naik trem. 

Harga Trem:

Dewasa                                                Kanak-kanak
Mykad: RM 8.90                                 Mykad: RM 5.90 
Tanpa Mykad: RM 11.90                            Tanpa Mykad: RM 9.90

  • Oku 10 % harga diskaun ( Perlu tunjukkan kad OKU)
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun PERCUMA.
  • Tempahan VIP untuk 1 jam RM 399.00


Banyak sangat-sangat kemudahan dalam zoo yang sudah disediakan seperti tandas, tempat makan, surau, loker simpan barang, kerusi roda dan banyak lagi.

Info

Masa Operasi: Setiap hari 
Masa Operasi: 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Harga Tiket:
Dewasa: 
  • Mykad RM 45.00, 
  • Tanpa Mykad RM 50.00/RM 88.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) : 
  • Mykad RM 18.00, 
  • Tanpa Mykad RM 25.00/RM 43.00
Warga emas (60 tahun ke atas): 
  • Mykad RM 23.00, 
  • Tanpa Mykad RM 50.00/ RM 88.00

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Zoo Negara 2023

Instagram