Showing posts with label Family Mart. Show all posts


Tora datang lagi. Hehehe. Kali ini Bella nak kongsi dengan pembaca semua satu menu baru di Family Mart. Nama dia ialah Blueberry Cream Cheese Bagel. Nampak menu ini macam selalu Mat Saleh makankan? Selalunya bagel ini kita akan tengok hanya di kafe-kafe seperti di Coffee Bean tapi kali ini kita semua boleh nikmati menu ala-ala cara eropah ini dengan harga yang lebih murah tapi masih sedap. 

Blueberry Cream Cheese Bagel ini merupakan menu sempena musim luruh yang dikeluarkan oleh Family Mart sehingga 21 Mac 2023 dan berharga RM 7.90. Ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau tanya aku, aku suka nikmatinya pada waktu pagi sebab rasanya yang manis dari cream cheese dan masam-masam manis dari buah blueberry itu membuatkan rasanya lebih seimbang.

Untuk tekstur rotinya pula, pada aku memang sangat-sangat lembut. Pada mereka yang memakai pendakap gigi, masih boleh gigit, jangan risau kalau takut buat rasa tak selesa. Tapi jangan lupa minta dipanaskan dahulu sebelum makan baru sedap. Makan satu pun dah kenyang sangat-sangat di ambah pula dengan secawan kopi, lagi menaikkan rasa segar di pagi hari.

Orang kata nak mula sesuatu yang baru diawal pagi elok rasanya dimulakan sarapan yang enak tapi tidak berlebihan. Jadi esok pagi boleh tambah idea untuk bersarapan. Selamat mencuba.

Blueberry Cream Cheese Bagel

Tuesday, 14 March 2023


Hai semua selamat pagi. Minggu lepas aku pergi ke Family Mart. Tengah membelek-belek makanan dekat sana, aku nampak dari jauh Premium Mixes Starbucks ini. Kotak dia sebenarnya yang menarik perhatian sebab warna merah jambu yang comel sebab itulah antara salah satu faktor aku beli selain aku memang sukakan kopi. Tapi aku jarang beli kopi campuran ini, sebab aku lebih suka aroma kopi hitam. Tapi kadang-kadang tukar selara pun sedap juga.

Baru pagi ini aku nak minum kopi harga kayangan ini. Mula-mula sahaja bancuh, aroma strawberi menusuk hidung aku dicampur sedikit bauan kopi. Bila aku bau betul-betul, macam susu dutchlady tapi versi panas 😂😂. Tapi lihat Crema atas kopi itu, agak membuka selera aku untuk minum. Tapi kalau kalian nak cuba, jangan bancuh kopi dengan air terlalu banyak ya sebab takut rasa dia sedikit tawar.

Rasa kopi ini boleh la diminum, tapi pelik sedikit campuran strawberi dan kopi diminum ketika panas. Selalu dekat Malaysia ini, kalau air-air buah ini orang selalu minum sejukkan. Tapi bagi aku masih sedap sahaja tapi bukan menjadi kegemaran aku. Aku boleh bagi 6/10. 

Jadi, kalau nak cuba cepat dapatkan di Family Mart ya sebab kalau tak silap aku selalunya kopi Starbucks sebegini bermusim. Kalau tak silap aku juga, kopi ini ada promosi dengan pembelian 3 kotak kopis Starbucks ini (boleh campur, jangan risau) akan dapat percuma 1 bekas air warna merah jambu.


Untuk harganya pula adalah RM 14.00 sekotak. Pembelian 3 kotak jumlahnya ialah RM 42.00. Boleh kongsi-kongsi dengan kawan sekerja kalau nak beli ya. Ha, sebelum aku terlupa sekotak ini ada 4 paket sahaja. Jadi dapat la rasa-rasa. Selamat mencuba semua.

 

Starbucks Cherry Blossom Strawberry Latte

Tuesday, 7 March 2023

Instagram