Showing posts with label Life. Show all posts


Malam nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan Rahmat. Terdapat beberapa kelebihan malam Nisfu Syaaban, diantaranya ialah terbukanya pintu langit dan dimakbulkan doa.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya ALLAH SWT melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.[Riwayat Ibn Majah]

Malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban pada tahun ini. Jadi aku nak kongsi sedikit beberapa amalan yang boleh diamalkan antaranya:-

  1. Melakukan solat sunat, puasa sunat, qiamulail.
  2. Memohon keampunan kepada Allah SWT dengan memperbanykkan istighfar, selawat dan berzikir.
  3. Saling memaafkan antara satu sama lain.
  4. Membaca Al-Quran dan bersedekah
  5. Beristiqamah dalam melakukan kebaikan.
Antara doa yang dianjurkan ialah:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: :Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan Kau berkatilahkami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramdhan."
 


Nisfu Syaaban

Tuesday, 7 March 2023

 


Assalamualaikum. Lama sudah tak menulis di blog aku. Maklumlah awal tahun kekangan masa bekerja dan beberapa aktiviti membataskan waktu untuk berkongsi cerita-cerita indah di blog aku.

Pagi jumaat penghulu segala hari, aku tengok ada plastik asing diatas meja aku. Orang kata mungkin rezeki pagi jumaat, rupa-rupanya pemberian dari bos aku. Terkejut aku hadiah yang sederhana tapi rasa sangat-sangat dihargai. Aku pun tak tahu sempana apa yang diberi hadiah kepada aku tapi katanya sebagai ucapan terima kasih atas pertolongan yang sudah aku berikan kepada dia walaupun aku rasa itu sebenarnya antara tugas aku juga yang tak seberapa.

Bila aku muhasabah kembali atas pemberian ini, aku rasa sekecil-kecil perkara atau sekecil-kecil hadiah yang kita terima sebenarnya menjadi lebih bermakna kerana disulami dengan rasa kesyukuran dalam diri kita.

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu:  'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim: Ayat 7 )

Syukur ini sebenarnya sesuatu perkara yang bukan semua orang dapat nikmati. Kenapa aku katakan begitu, sebab cuba kalian lihat dan renungkan sedalamnya. Ada insan yang dikurniakan segala bentuk kurniaan yang telah dilimpahi ke atasnya tapi nilainya masih kecil dimata mereka. Selalu rasa tak cukup dan kadang-kadang itu, sampai membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain. Ayat yang paling selalu diungkapkan.

'Kenapa aku dapat macam ini, kenapa aku tak macam dia, seronoknya kalau jadi dia'

Kita ini hidup tak kaya tapi syukur, mesti hidup kita lebih berkualiti dari yang kaya, kalau syukur itu ada makan sekali sehari pun dah cukup nikmat. Syukur itu tanda ucapan terima kasih kita kepada Sang Pencipta. 

Belajar mensyukuri atas sekecil-kecil perkara supaya selalu melihat kelebihan yang Tuhan beri kepada kita dan memang untuk kita. Walaupun hal yang baik atau yang buruk. Tapi syukur juga perlu seiring dengan usaha. Kepuasan manusia ini sangat-sangatlah susah untuk dicapai. Percayalah tak ada manusia yang dia puas 100% dalam hidup mereka kalau tak ada nikmat sykur dalam diri.

Selalu tawadu' dan bersangka baik kepada Allah. Salam Jumaat semua dan jaangan lupa sedekah ya.💓

Nikmat syukur

Friday, 3 March 2023

Sejak dari pagi lagi hati aku sayu sebenarnya sebab hari ini genap 2 tahun kepergian lelaki pertama yang aku cintai. Masih terasa ayah masih ada dengan aku dengan wajahnya yang ceria dan lawaknya yang menghiburkan. Dulu tak tahu rasanya bagaimana pedihnya kehilangan orang yang kita cintai. ingatkan rasa itu sekejap sahaja. Tapi hingga kini baru aku tahu walau bertahun-tahun sakitnya tetap terasa. 



Masih segar dalam ingatan aku bagaimana pemergian ayah aku 2 tahun yang lalu. Ayah aku sebenarnya merupakan pesakit buah pinggang dan dah pun cuci darah selama dalam lebih kurang 9 tahun. Kerosakan buah pinggang adalah berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit yang tidak terkawal kerana sakit goutnya dahulu. 

Dua minggu sebelum ayah pergi bertemu Ilahi, ayah tiba-tiba demam panas. Abang aku telefon aku minta jemputkan ayah di pusat dialisis untuk dibawa ke hospital kerana keadaan ayah agak lemah. Untuk makluman, orang yang cuci buah pinggang, kalau mereka demam, mereka tak boleh lakukan proses mencuci buah pinggang sebab takut apa-apa berlaku semasa atau selepas proses itu berjalan. Jadi ayah memang tak dapat buat dialisis.

Masa aku jemput ayah, baru aku tahu punca mengapa dia demam. Kaki ayah sebelah kiri di jari manis terluka dan agak teruk. Aku terus bawa dia ke hospital. Macam biasa hospital dikerajaan memang agak lambat. Aku punya proses dari pukul 10 pagi sehingga pukul 7 malam baru ayah dapat tempat di dalam wad. Tapi dalam situasi begini perlu kita ingat kena banyak bersabar dan tenang. Ayah sebenarnya tak mahu masuk dalam wad tapi keadaan dia yang agak membimbangkan doktor segerakan dia masuk ke dalam wad. Ayah aku masuk hospital ketika COVID-19 melanda negara. Jadi prosesnya agak renyah. Tidak ada sesi lawatan sepanjang ayah diwadkan. 

GENAP PEMERGIAN AYAH TAHUN KE-2 PART 1

Tuesday, 31 January 2023

Hi semua. Salam perkenalan & Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua walaupun sebenarnya dah beberapa hari tahun 2022 melabuhkan tirai. Ditahun baru semangat baru, tahun ini buat pertama kali aku ingin terjun dalam bidang penulisan. Minat ini sebenarnya telah terinspirasi dari seorang sahabat  yang telah beberapa tahun bekecimpung dengan penulisan blog.

Marilah aku perkenalkan diri aku sebagai penjinak baru dalam bidang penulisan di blog ini. Coretan pertama aku hanya ingin perkenalkan diri sahaja ye lah orang kata 'Tak kenal maka tak cinta'. Nama aku Siti Nabilah dan lebih dikenali sebagai Bella. Hobi aku suka ambil gambar insan-insan sekeliling dan foto-foto alam walaupun bukanlah seorang photographer yang pro. Aku juga merupakan seorang peminat tegar kepada seni solek yang sehingga kini menjadi salah satu punca rezeki aku. Tapi masih lagi bertatih untuk menjadi yang lebih baik. Aku sudah miliki seorang pendamping yang setia, sangat kelakar, short, dark, handsome yang menyayangi aku dan 3 ekor bulus kami bernama Chiku (Si kakak bising), Chiko (Si abam gemok) dan Chiki (Si adik togel).

Pengenalan Author

Wednesday, 4 January 2023


Welcome to 2023. Welcome to my new blog! Permulaan 2023 aku mulakan dengan merasmikan pembukaan blog ini.

Welcome to 2023

Instagram