Sejak dari pagi lagi hati aku sayu sebenarnya sebab hari ini genap 2 tahun kepergian lelaki pertama yang aku cintai. Masih terasa ayah masih ada dengan aku dengan wajahnya yang ceria dan lawaknya yang menghiburkan. Dulu tak tahu rasanya bagaimana pedihnya kehilangan orang yang kita cintai. ingatkan rasa itu sekejap sahaja. Tapi hingga kini baru aku tahu walau bertahun-tahun sakitnya tetap terasa.
Masih segar dalam ingatan aku bagaimana pemergian ayah aku 2 tahun yang lalu. Ayah aku sebenarnya merupakan pesakit buah pinggang dan dah pun cuci darah selama dalam lebih kurang 9 tahun. Kerosakan buah pinggang adalah berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit yang tidak terkawal kerana sakit goutnya dahulu.
Dua minggu sebelum ayah pergi bertemu Ilahi, ayah tiba-tiba demam panas. Abang aku telefon aku minta jemputkan ayah di pusat dialisis untuk dibawa ke hospital kerana keadaan ayah agak lemah. Untuk makluman, orang yang cuci buah pinggang, kalau mereka demam, mereka tak boleh lakukan proses mencuci buah pinggang sebab takut apa-apa berlaku semasa atau selepas proses itu berjalan. Jadi ayah memang tak dapat buat dialisis.
Masa aku jemput ayah, baru aku tahu punca mengapa dia demam. Kaki ayah sebelah kiri di jari manis terluka dan agak teruk. Aku terus bawa dia ke hospital. Macam biasa hospital dikerajaan memang agak lambat. Aku punya proses dari pukul 10 pagi sehingga pukul 7 malam baru ayah dapat tempat di dalam wad. Tapi dalam situasi begini perlu kita ingat kena banyak bersabar dan tenang. Ayah sebenarnya tak mahu masuk dalam wad tapi keadaan dia yang agak membimbangkan doktor segerakan dia masuk ke dalam wad. Ayah aku masuk hospital ketika COVID-19 melanda negara. Jadi prosesnya agak renyah. Tidak ada sesi lawatan sepanjang ayah diwadkan.
ALCEA COFFEE, TAMARIND SQUARE
Friday, 27 January 2023
Kawasan Warung ini agak ke dalam dari jalan besar dan mula-mula masuk kawasan Kampung Jimah Lama ini aku ingat tak ramai pengunjung di warung tersebut sebab agak dalam tapi rupa-rupanya telahan aku meleset sebab masa aku sampai itu orang dah ramai dan boleh dikatakan hampir meja-meja dikedai penuh dengan pelanggan yang datang bersama keluarga besar. Dari rumah mak aku adalah dalam 10 minit nak sampai ke warung tersebut. Kalau susah nak cari boleh pakai Google Maps/ Waze.
Aku sampai sahaja paling aku suka adalah kawasan diwarung, ia dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan sangat-sangat cantik di sekitarnya. Masa aku sampai itu dalam pukul 9 pagi dan cuaca masih sejuk. Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana memang mereka ada sediakan satu kawasan lapang yang dijadikan tempat letak kereta.
- Kaunter A
- Kaunter B
Sarapan di Warung Atok Nenek
Thursday, 26 January 2023
Hi semua. Selamat kembali bekerja semua. Hari ini ada satu topik yang aku mahu kongsikan tentang bagaimana mahu memilih Make-up Artist mengikut selera kita. Maklumlah masa bercuti sempena perayaan Cina baru-baru ini ramai yang berkahwin.
Solekan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Walaupun secalit sapuan bedak diwajah juga dikara bersolek ya. Solekan membuatkan wanita lebih berkeyakinan dan lebih berketerampilan di khalayak ramai. Jadi ada beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagaimana ingin memilih jurusolek.
Jom aku kongsikan beberapa tips untuk memilih jurusolek.
Tips memlilih Jurusolek
Wednesday, 25 January 2023
Caramel Popcorn Sofuto Family Mart X GSCinemas
Thursday, 19 January 2023
Pada 17 Januari 2023 Starbucks telah melancarkan koleksi pertama di tahun 2023. Koleksi tumbler Starbucks ini memang selalu dinanti-nanti oleh semua pencinta dan pengumpulnya. Walaupun harganya agak mengoyakkan poket pembeli tetapi tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Setaip kali keluarannya tidak pernah mengecewakan.
Harganya bermula dari RM 88.00 sehinngga RM 168.00. Tumbler ini kelebihannya ketahanan suhu air dalam tumbler ini yang aku suka kerana suhunya boleh kekal 3 sehingga 6 jam.
Bagi yang masih tidak tahu saiz tumble starbuck, aku bantu kalian semua dalam kiraan ml.
Saiz tumbler :
- 12oz = 360 ml
- 16 oz = 470 ml
- 20oz = 600 ml
- 24 oz = 710 ml
Koleksi Tumbler Starbucks 2023
Wednesday, 18 January 2023
Banyak sebenarnya kebaikan yang terdapat dalam buah oren mandarin ini, selain rasanya yang masam-masam manis enak dinikmati, buah ini mudah sangat nak diperolehi dan sangat sinonim dengan masyarakat Cina sebab itu aku katakan buah yang wajib ketika menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina.
Buah mandarin merupakan buah citrus dan termasuk dalam keluarga buah-buahan seperti oren, lemon, limau purut, limau nipis, limau kasturi, dan juga limau gedang. Buah ini terkandung banyak kebaikan seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Badan kita perlukan kandung-kandungan ini untuk terus kekal sihat. Selain dari itu juga, buah ini berasal dari Asia dan terus berkembang dan terkenal diseluruh dunia.
Kaedah Penyeteman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Personel Mystep
Thursday, 12 January 2023
' Pasanganmu adalah pilihanmu, Pasanganmu adalah takdirmu. Maka janganlah memandang selain yang telah ditetapkan olehmu janganlah juga membandingkannya dengan yang lain kerana apa yang ditakdirkan buatmu adalah anugerah dan amanah Allah untukmu'.
Banyak kes-kes kecurangan ini sebenarnya tidak Allah uji tanpa asbab yang kukuh tapi sebenarnya hanya bertujuan bagi manusia untuk saling belajar dan mengambil iktibar dari apa yang terjadi dari kisah-kisah yang telah terjadi. Skop aku dalam entry lebih menceritakan hubungan golongan yang sudah berumahtangga.
Akar tumbuhnya kecurangan
Tuesday, 10 January 2023
https://www.allergyuk.org/types-of-allergies/urticaria-hives-other-skin-allergy/
Hi semua. Diruangan kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang satu penyakit yang bertahun-tahun aku hidapi. Penyakit ini sebenarnya dikenali sebagai Urticaria, allergic atau bahasa kampungnya lebih dekat dengan nama alahan, gegata, sopak garam, bintat, gegatal dan banyak lagi aku rasa. Tapi topik untuk kali ini aku berkongsi tentang alahan yang aku alami. Penyakit ini sebenarnya aku dah mengalami bermula dari umur 9 tahun sehingga menginjak dewasa.
Penyakit ini sebenarnya tiada ubat menyembuhkan tapi kita dapat mengawalnya dengan baik sebab setiap orang alahan dia tak sama dengan orang lain. Penyakit ini juga akan reda sendiri dalam beberapa jam apabila seorang terkena gegata/alahan. Aku bukan seorang pakar perubat tau. Tapi perkongsian ini sebenarnya pengalaman aku bagaimana aku mengawal dan hindarkan alahan aku dari kerap menyerang. Dalam ruangan kali ini aku nak berkongsi bagaimana nak mengawal penyakit ini dari melarat.
Alahan juga sebenarnya satu tidak balas hipersensitif dan apabila sistem pertahanan badan bertindak balas kepada benda asing yang masuk ke dalam badan.
Cara Mengawal Penyakit Gegata/Alahan
Monday, 9 January 2023
Hi semua. Salam perkenalan & Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua walaupun sebenarnya dah beberapa hari tahun 2022 melabuhkan tirai. Ditahun baru semangat baru, tahun ini buat pertama kali aku ingin terjun dalam bidang penulisan. Minat ini sebenarnya telah terinspirasi dari seorang sahabat yang telah beberapa tahun bekecimpung dengan penulisan blog.
Marilah aku perkenalkan diri aku sebagai penjinak baru dalam bidang penulisan di blog ini. Coretan pertama aku hanya ingin perkenalkan diri sahaja ye lah orang kata 'Tak kenal maka tak cinta'. Nama aku Siti Nabilah dan lebih dikenali sebagai Bella. Hobi aku suka ambil gambar insan-insan sekeliling dan foto-foto alam walaupun bukanlah seorang photographer yang pro. Aku juga merupakan seorang peminat tegar kepada seni solek yang sehingga kini menjadi salah satu punca rezeki aku. Tapi masih lagi bertatih untuk menjadi yang lebih baik. Aku sudah miliki seorang pendamping yang setia, sangat kelakar, short, dark, handsome yang menyayangi aku dan 3 ekor bulus kami bernama Chiku (Si kakak bising), Chiko (Si abam gemok) dan Chiki (Si adik togel).
Pengenalan Author
Wednesday, 4 January 2023
It's Me
Hi! Nabilah | Since 1993
Followers
History Post
-
-
-
-
- Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband
- Review Noktah Merah
- GENAP PEMERGIAN AYAH TAHUN KE-2 PART 1
- Kawan Imaginasi
- ALCEA COFFEE, TAMARIND SQUARE
- Sarapan di Warung Atok Nenek
- Tips memlilih Jurusolek
- Caramel Popcorn Sofuto Family Mart X GSCinemas
- Koleksi Tumbler Starbucks 2023
- Buah Mandarin dimusim perayaan Tahun Baru Cina
- Kaedah Penyeteman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN...
- Akar tumbuhnya kecurangan
- Cara Mengawal Penyakit Gegata/Alahan
- Pengenalan Author
- Welcome to 2023
-