Zoo Negara 2023

Thursday, 9 February 2023

Hujung minggu lalu, aku pergi ke zoo negara. Aku pergi bersama dengan keluarga mertua. Hujung minggu seronok sangat rasanya dapat luangkan masa bersama keluarga. Aku sampai dalam jam lebih kurang pukul 10:30 pagi dan masih awal lagi. Kami letak tempat kereta  dikawasan tempat kereta yang disediakan hanya bayar RM 10.00 sekali masuk sahaja.Waktu aku beli tiket memang tak ramai pun orang. Jadi memang cepat. Harga tiket dah naik sikit tapi yang seronoknya harga tiket termasuk dengan rumah panda. Jadi aku rasa berbaloi kalau nak bawa anak-anak masa cuti sekolah bulan Februari ini.

Masa nak masuk dalam zoo, akan ada pembantu zoo yang bantu kita pakai lilitan ditangan. Jangan dibuka sepanjang dalam zoo sebab takut pulak orang ingat kita curi-curi masuk tanpa bayar pula ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Lepas masuk, terus mereka bagi peta untuk memudahkan pengunjung jalan-jalan dalam zoo dan mereka minta para pengunjung untuk sesi bergambar bersama keluarga masing-masing. Kalau nak buat kenangan, boleh beli pakej gambar yang tersedia. Tak silap aku harga paling murah sekeping gambar RM 60.00 dapat percuma 3 pelekat peti ais. Harga pakej dari RM 60.00 hingga RM 300.00 lebih .

Tempat pertama yang kami lawati ialah di kawasan Childrens World. Di kawasan ini, haiwan-haiwan di dalamnya kita boleh pegang secara dekat. Anak buah aku paling dia suka main dengan burung kakak tua dan ada burung-burung kecil. Haiwan dalam kawasan itu semuanya jinak-jinak belaka. Ada burung kakak tua, ayam, kuda padi, arnab, kambing, kura-kura. Bawa anak-anak dekat dalam ini supaya mereka kurang rasa takut dengan haiwan.


Kalau pergi ke zoo haiwan-haiwan mereka letakkan mengikut habitat. Jadi mudah untuk para pengunjung nak berjalan. Lagi mudah sebab kita sudah dibekalkan dengan peta di pintu masuk. Kami jalan dari pukul 10 lebih sampai dekat 2:30 petang. Rumah panda kita boleh masuk dah sebab macam aku maklumkan yang harga tiket sudah termasuk dengan harga rumah panda. Masa masuk rumah panda itu kena senyap-senyap je sebab panda banyak habiskan masa dengan tidur sahaja. 

Haiwan seperti singa, harimau, harimau kumbang, beruang matahari semua itu boleh tengok secara dekat. Masuk sahaja laluan seperti gambar dibawah dan boleh lihat haiwan secara dekat. Sekarang zoo ssemua tempat dah tak ada pembaikan. Jadi banyak haiwan dah ada dalam zoo. Bagi aku memang sangat berbaloi pergi bawa anak-anak.


Pada pukul 11am dan 3pm akan ada pertunjukan di sekitar habitat laut. Rugi kalau pergi zoo tapi tak melihat pertunjukan ini. Memang seronok sebab persembahan perlbagai haiwan yang sudah dilatih. Nampak bijak sangat-sangat. Kalau bawa anak-anak memang lagi meriah. Masa aku datang hari sabtu, jadi memang banyak sekolah buat lawatan ke zoo. Macam gambar dekat bawah memang penuh tempat duduk masa waktu pertunjukan. Pertunjukan ini masa kurang dari setengah jam sahaja. 



Jadi kalau nak bawa anak-anak pada cuti sekolah akan datang, aku memang cadangkan masukkan pergi ke zoo dalam senarai aktiviti ibu ayah yang mungkin tengah fikir-fikir idea untuk penuhkan aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah. Selain berseronok boleh juga bersenam sambil berjalan ๐Ÿ˜Sebelum aku terlupa, kalau anak-anak dah meragam berjalankan, ada alternatif untuk pengunjung naik trem. 

Harga Trem:

Dewasa                                                Kanak-kanak
Mykad: RM 8.90                                 Mykad: RM 5.90 
Tanpa Mykad: RM 11.90                            Tanpa Mykad: RM 9.90

  • Oku 10 % harga diskaun ( Perlu tunjukkan kad OKU)
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun PERCUMA.
  • Tempahan VIP untuk 1 jam RM 399.00


Banyak sangat-sangat kemudahan dalam zoo yang sudah disediakan seperti tandas, tempat makan, surau, loker simpan barang, kerusi roda dan banyak lagi.

Info

Masa Operasi: Setiap hari 
Masa Operasi: 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Harga Tiket:
Dewasa: 
  • Mykad RM 45.00, 
  • Tanpa Mykad RM 50.00/RM 88.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) : 
  • Mykad RM 18.00, 
  • Tanpa Mykad RM 25.00/RM 43.00
Warga emas (60 tahun ke atas): 
  • Mykad RM 23.00, 
  • Tanpa Mykad RM 50.00/ RM 88.00

Untuk maklumat lanjut sila layari:

6 comments :

  1. masa akak pergi tahun lepas takde lagi mural harimau besar tu.... harap makin banyak yg di improvekan zoo negara tu biar lagi ramai yg nk masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dah improve kak. Orang kate berbaloi dengan harga yang dia dah tetapkan.

      Delete
  2. Lama tak datang sini. ๐Ÿ˜‚ Entah bila nak ke Kl pun entah lahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis hari ini dah mula cuti sekolah bolehlah datang kl melawat zoo.hehe

      Delete
  3. Kenangan yang tercipta tu sangat mahal kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.Tak dapat dijual beli masa dengan keluarga walaupun harta setinggi gunung.

      Delete

Instagram