Blueberry Cream Cheese Bagel ini merupakan menu sempena musim luruh yang dikeluarkan oleh Family Mart sehingga 21 Mac 2023 dan berharga RM 7.90. Ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau tanya aku, aku suka nikmatinya pada waktu pagi sebab rasanya yang manis dari cream cheese dan masam-masam manis dari buah blueberry itu membuatkan rasanya lebih seimbang.
Untuk tekstur rotinya pula, pada aku memang sangat-sangat lembut. Pada mereka yang memakai pendakap gigi, masih boleh gigit, jangan risau kalau takut buat rasa tak selesa. Tapi jangan lupa minta dipanaskan dahulu sebelum makan baru sedap. Makan satu pun dah kenyang sangat-sangat di ambah pula dengan secawan kopi, lagi menaikkan rasa segar di pagi hari.
Orang kata nak mula sesuatu yang baru diawal pagi elok rasanya dimulakan sarapan yang enak tapi tidak berlebihan. Jadi esok pagi boleh tambah idea untuk bersarapan. Selamat mencuba.
Sedap itu rasa masam, manis dan berlemak sailing melengkapi.
ReplyDeleteha sedapkan rasa dia saling melengkapi gitu.hehe
Deletesedapnya tu minum pulak hot mocha ke hot latte ke :)
ReplyDeleteaah. nyum-nyum memang sedap terangkat.hehe
ReplyDeletenampak besar tu memang kenyang makan 1
ReplyDeletelama tak ke FM.. selalu mkn begel coffee bean. nanti boleh cuba
ReplyDeletetkpernah rasa bagel, ingat kan keras rupanya lembut eh hehe
ReplyDeleteSedap nampaknya, tak sempat nak merasa lagi makanan orang2 muda ni.
ReplyDelete