Nikmat syukur

Friday 3 March 2023

 


Assalamualaikum. Lama sudah tak menulis di blog aku. Maklumlah awal tahun kekangan masa bekerja dan beberapa aktiviti membataskan waktu untuk berkongsi cerita-cerita indah di blog aku.

Pagi jumaat penghulu segala hari, aku tengok ada plastik asing diatas meja aku. Orang kata mungkin rezeki pagi jumaat, rupa-rupanya pemberian dari bos aku. Terkejut aku hadiah yang sederhana tapi rasa sangat-sangat dihargai. Aku pun tak tahu sempana apa yang diberi hadiah kepada aku tapi katanya sebagai ucapan terima kasih atas pertolongan yang sudah aku berikan kepada dia walaupun aku rasa itu sebenarnya antara tugas aku juga yang tak seberapa.

Bila aku muhasabah kembali atas pemberian ini, aku rasa sekecil-kecil perkara atau sekecil-kecil hadiah yang kita terima sebenarnya menjadi lebih bermakna kerana disulami dengan rasa kesyukuran dalam diri kita.

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu:  'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim: Ayat 7 )

Syukur ini sebenarnya sesuatu perkara yang bukan semua orang dapat nikmati. Kenapa aku katakan begitu, sebab cuba kalian lihat dan renungkan sedalamnya. Ada insan yang dikurniakan segala bentuk kurniaan yang telah dilimpahi ke atasnya tapi nilainya masih kecil dimata mereka. Selalu rasa tak cukup dan kadang-kadang itu, sampai membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain. Ayat yang paling selalu diungkapkan.

'Kenapa aku dapat macam ini, kenapa aku tak macam dia, seronoknya kalau jadi dia'

Kita ini hidup tak kaya tapi syukur, mesti hidup kita lebih berkualiti dari yang kaya, kalau syukur itu ada makan sekali sehari pun dah cukup nikmat. Syukur itu tanda ucapan terima kasih kita kepada Sang Pencipta. 

Belajar mensyukuri atas sekecil-kecil perkara supaya selalu melihat kelebihan yang Tuhan beri kepada kita dan memang untuk kita. Walaupun hal yang baik atau yang buruk. Tapi syukur juga perlu seiring dengan usaha. Kepuasan manusia ini sangat-sangatlah susah untuk dicapai. Percayalah tak ada manusia yang dia puas 100% dalam hidup mereka kalau tak ada nikmat sykur dalam diri.

Selalu tawadu' dan bersangka baik kepada Allah. Salam Jumaat semua dan jaangan lupa sedekah ya.💓

7 comments :

  1. Salam perkenalan. Singgah dan follow sini.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan kita tergolong hamba-hamba Allah yang sentiasa bersyukur.....(psst untuk saya takde cenderahati ke ^^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. semoga Allah sentiasa kurniakan rasa kecukupan dalam diri kita semua. Hahah hari itu sebelum resignkan dah dapat.kekeke

      Delete
    2. oppssss ^^ hehehehehe

      Delete
  3. Kena selalu menang nikmat diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya benar itu. supaya selalu nampak kelebihan diri sendiri dan kehidupan sendiri.

      Delete

Instagram