Masa sampai itu, aku macam pelik juga sebab kedai dia sedikit kecil dan nak letak kereta pula berhampiran dengan rumah-rumah orang. Tapi aku terus redah sebab masa itu sudah agak lewat nak bersarapan takut perut masuk angin pula. Jadi kami terus masuk ke dalam warung. Aku agak suka dengan suasana di warung itu sebab disana kalian akan lihat berbilang kaum yang duduk bersarapan disitu. Kedainya agak kecil tetapi ramai dengan pelanggan dan yang paling aku suka bila aroma kari menusuk ke dalam hidung aku terus buat perut aku bergelora tak sabar nak makan. Masa aku nak duduk itu, penuh semua meja, jadi aku duduk dengan dua orang wanita berbangsa cina. Dari gaya macam emak dan anak.
Aku terus lihat menu disekeliling dan menunya memang tidak banyak pilihan. Aku pesan 3 keping roti kosong dan sekeping roti telur dan set roti didatangi dengan kuah kari ikan jenahak dan aku tambah dengan sambal sotong. Fuh, memang terangkat baunya bila sampai. Sampai sahaja pesanan dimeja, aku siat roti dia, rotinya memang gebu dan harum sangat. Padahal roti canai sahajakan. Tapi jujur aku cakap roti dia rangup diluar lembut di dalam, memang aku nikmati sangat-sangat cicah pula dengan kuah kari ikan jenahak dan sambal sotong. Sambal sotong rasa pedas-pedas manis. Macam tak cukurp rasanya makan sekeping sahaja tapi memandangkan aku dalam tempoh diet, jadi aku kawal sedikit nafsu makan aku 😂😂😂. Roti telur pun sedap, masih rangup seperti roti biasa.
Aku lihat sekeliling, kebanyakan pelanggan disitu memang akan ambil roti lebih dari sekeping. Ada pelanggan pelakang aku, dia makan sampai 3 keping. Depan meja aku pasangan berbangsa cina itu siap pesan kari sekali dengan ikan jenahak. Fuh, kalau aku dah gaji memang aku pesan dengan ikan-ikan sekali. Memang tak menyesal beli.
Dari pemerhatian aku, warung ini mungkin telah lama beroperasi mungkin pemiliknya juga sudah beberapa generasi kerana keadaan warung itu masih mengekal ciri asli warung orang melayu macam duduk sarapan zaman-zaman 80-an dahulu.
Kalau pergi ke Melaka, jangan lupa singgah di warung ini ya. Memang takkan menyesal. Selamat mencuba
Menarik ni...SA memang ada plan nak JJCM dengan anak dara SA tu....bleh la masukkan dalam wishlist nanti
ReplyDeletehehe jangan give up tau SA kalau ramai sebab tak menyesal tunggu.
DeleteSuka kedai yang menunya simple, senang nak pilih apa nak makan. Mudah-mudahan ada rezeki nak pi makan kat situ ^^
ReplyDeleteaah tak pening kepala tapi menu tak banak orang memang amek kuantiti banyak.ahhah.. Nantinak balik Johor boleh singgah sini.
Deletekedai klasik macam ni memang menarik :)
ReplyDeleteAah Rozi. Menarik dan sedap.
DeleteMenarik cicah kuah kari ikan jenahak.
ReplyDeleteaah sedap tau..Rasa manis-manis ikan dia.
DeleteSedapnya. Lama tak makan kari ikan jenahak 🤤
ReplyDeleteHehehe.. sedap syu kedai ini. Memang rasa kari macam mak-mak kita punya style.
Delete