Baru pagi ini aku nak minum kopi harga kayangan ini. Mula-mula sahaja bancuh, aroma strawberi menusuk hidung aku dicampur sedikit bauan kopi. Bila aku bau betul-betul, macam susu dutchlady tapi versi panas 😂😂. Tapi lihat Crema atas kopi itu, agak membuka selera aku untuk minum. Tapi kalau kalian nak cuba, jangan bancuh kopi dengan air terlalu banyak ya sebab takut rasa dia sedikit tawar.
Rasa kopi ini boleh la diminum, tapi pelik sedikit campuran strawberi dan kopi diminum ketika panas. Selalu dekat Malaysia ini, kalau air-air buah ini orang selalu minum sejukkan. Tapi bagi aku masih sedap sahaja tapi bukan menjadi kegemaran aku. Aku boleh bagi 6/10.
Jadi, kalau nak cuba cepat dapatkan di Family Mart ya sebab kalau tak silap aku selalunya kopi Starbucks sebegini bermusim. Kalau tak silap aku juga, kopi ini ada promosi dengan pembelian 3 kotak kopis Starbucks ini (boleh campur, jangan risau) akan dapat percuma 1 bekas air warna merah jambu.
Boleh bayang rasa bagaimana.
ReplyDeletehahhaha memang pelik sikit lah.. Kalau nak buar rasa-rasa bolehlah.
Deletebetul la ramai review bau kopi starbucks ni mcm minum susu dutch lady strawberry
ReplyDelete