Malam nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan Rahmat. Terdapat beberapa kelebihan malam Nisfu Syaaban, diantaranya ialah terbukanya pintu langit dan dimakbulkan doa.
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya ALLAH SWT melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.[Riwayat Ibn Majah]
Malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban pada tahun ini. Jadi aku nak kongsi sedikit beberapa amalan yang boleh diamalkan antaranya:-
- Melakukan solat sunat, puasa sunat, qiamulail.
- Memohon keampunan kepada Allah SWT dengan memperbanykkan istighfar, selawat dan berzikir.
- Saling memaafkan antara satu sama lain.
- Membaca Al-Quran dan bersedekah
- Beristiqamah dalam melakukan kebaikan.
Antara doa yang dianjurkan ialah:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: :Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan Kau berkatilahkami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramdhan."
Post a Comment