Blueberry Cream Cheese Bagel

Tuesday 14 March 2023


Tora datang lagi. Hehehe. Kali ini Bella nak kongsi dengan pembaca semua satu menu baru di Family Mart. Nama dia ialah Blueberry Cream Cheese Bagel. Nampak menu ini macam selalu Mat Saleh makankan? Selalunya bagel ini kita akan tengok hanya di kafe-kafe seperti di Coffee Bean tapi kali ini kita semua boleh nikmati menu ala-ala cara eropah ini dengan harga yang lebih murah tapi masih sedap. 

Blueberry Cream Cheese Bagel ini merupakan menu sempena musim luruh yang dikeluarkan oleh Family Mart sehingga 21 Mac 2023 dan berharga RM 7.90. Ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau tanya aku, aku suka nikmatinya pada waktu pagi sebab rasanya yang manis dari cream cheese dan masam-masam manis dari buah blueberry itu membuatkan rasanya lebih seimbang.

Untuk tekstur rotinya pula, pada aku memang sangat-sangat lembut. Pada mereka yang memakai pendakap gigi, masih boleh gigit, jangan risau kalau takut buat rasa tak selesa. Tapi jangan lupa minta dipanaskan dahulu sebelum makan baru sedap. Makan satu pun dah kenyang sangat-sangat di ambah pula dengan secawan kopi, lagi menaikkan rasa segar di pagi hari.

Orang kata nak mula sesuatu yang baru diawal pagi elok rasanya dimulakan sarapan yang enak tapi tidak berlebihan. Jadi esok pagi boleh tambah idea untuk bersarapan. Selamat mencuba.

8 comments :

  1. Sedap itu rasa masam, manis dan berlemak sailing melengkapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sedapkan rasa dia saling melengkapi gitu.hehe

      Delete
  2. sedapnya tu minum pulak hot mocha ke hot latte ke :)

    ReplyDelete
  3. aah. nyum-nyum memang sedap terangkat.hehe

    ReplyDelete
  4. nampak besar tu memang kenyang makan 1

    ReplyDelete
  5. lama tak ke FM.. selalu mkn begel coffee bean. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  6. tkpernah rasa bagel, ingat kan keras rupanya lembut eh hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap nampaknya, tak sempat nak merasa lagi makanan orang2 muda ni.

    ReplyDelete

Instagram