Pengenalan Author

Wednesday 4 January 2023

Hi semua. Salam perkenalan & Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua walaupun sebenarnya dah beberapa hari tahun 2022 melabuhkan tirai. Ditahun baru semangat baru, tahun ini buat pertama kali aku ingin terjun dalam bidang penulisan. Minat ini sebenarnya telah terinspirasi dari seorang sahabat  yang telah beberapa tahun bekecimpung dengan penulisan blog.

Marilah aku perkenalkan diri aku sebagai penjinak baru dalam bidang penulisan di blog ini. Coretan pertama aku hanya ingin perkenalkan diri sahaja ye lah orang kata 'Tak kenal maka tak cinta'. Nama aku Siti Nabilah dan lebih dikenali sebagai Bella. Hobi aku suka ambil gambar insan-insan sekeliling dan foto-foto alam walaupun bukanlah seorang photographer yang pro. Aku juga merupakan seorang peminat tegar kepada seni solek yang sehingga kini menjadi salah satu punca rezeki aku. Tapi masih lagi bertatih untuk menjadi yang lebih baik. Aku sudah miliki seorang pendamping yang setia, sangat kelakar, short, dark, handsome yang menyayangi aku dan 3 ekor bulus kami bernama Chiku (Si kakak bising), Chiko (Si abam gemok) dan Chiki (Si adik togel).

Chiku & Chiki

Aku adalah salah seorang generasi kanak-kanak yang lahir ditahun 90-an yang masih sempat main permainan konda kondi, permainan getah, galah panjang, daun terup, tutup botol tanpa teknologi yang terlalu advanced seperti kanak-kanak dizaman ini tapi aku juga tak ketinggalan merasai miliki akaun Myspace dan Tagged. Kira Up to Dated juga la kan?

Cukuplah sebagai permulaan pengenalan dalam penulisan aku kali pertama ini. Selepas ini akan ada banyak moment indah yang akan aku kongsikan diruang blog ini. 

Sampai berjumpa lagi.

5 comments :

  1. Hi dear, looking forward to read your story. Wish i could write like you.

    ReplyDelete
  2. Comelnyaaa kakak! Nanti upload banyak banyak lagi pasal tucing!

    ReplyDelete
  3. Bella lahir tahun 90-an.
    Selamat datang ke dunia blog.

    ReplyDelete

Instagram