Hi semua. Selamat kembali bekerja semua. Hari ini ada satu topik yang aku mahu kongsikan tentang bagaimana mahu memilih Make-up Artist mengikut selera kita. Maklumlah masa bercuti sempena perayaan Cina baru-baru ini ramai yang berkahwin.
Solekan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Walaupun secalit sapuan bedak diwajah juga dikara bersolek ya. Solekan membuatkan wanita lebih berkeyakinan dan lebih berketerampilan di khalayak ramai. Jadi ada beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagaimana ingin memilih jurusolek.
Jom aku kongsikan beberapa tips untuk memilih jurusolek.
- Bajet
Jika anda sudah tahu jurusolek yang anda idamkan dan ingin mendapatkan khidmat mereka perlu tahu juga bajet yang anda ingin keluarkan. Ukur baju dibadan sendiri, jika bajet anda kurang, maka lantiklah jurusolek yang lebih murah begitu juga sebaliknya. Anda sendiri yang tentukan apa yang anda inginkan.
Isu yang banyak terjadi sekarang adalah, kita sudah sedia maklum dengan harga jurusolek yang kita sudah idamkan, jadi tabung dan besarkan sedikit bajet anda untuk dapatkan khidmat mereka bukannya minta diskaun dengan harga yang telah ditetap.
Bayaran yang dikenakan oleh setiap jurusolek adalah berbeza-beza mengikut pengalaman dan hasil tangan mereka. Jurusolek juga adalah satu cabang kerjaya, jadi mereka juga melaksanakan satu perniagaan yang harus difahami oleh klien. Bukan tidak mahu bagi harga yang rendah, tetapi modal dan kerja tangan jurusolek juga harus diambil kira.
- Jenis acara
Ramai orang diluar sana menganggap bayaran kepada jurusolek adalah sama. Tidak benar ya rakan-rakan sekalian. Jika kalian mempunyai majlis seperti ingin berkahwin, bertunang, atau majlis makan malam, korporat mahupun hari graduasi, perlu dimaklumkan kepada jurusolek yang anda mahukan terlebih dahulu kerana setiap acara majlis ini berbeza-beza harga yang mereka tetapkan. Hal ini adalah kerana, setiap teknik solekan juga adalah berbeza-beza mengikut acara dan disebabkan itu harga majlis adalah berbeza-beza. Bukannya jursolek suka-suka ingin meletakkan harga.
Kes yang ramai jurusolek alami adalah klien tidak bersikap jujur pada jurusolek. Sebagai contoh, klien ingin berkahwin tetapi mereka kata pada jurusolek mereka hanya mahu solekan untuk majlis makan malam supaya dapat harga lebih murah dari harga solekan pengantin. Jika terjadi apa-apa kepada solekan anda pastinya akan terpalit cemuhan pada jurusolek. Ini kerana macam aku tuliskan diatas, setiap teknik solekan adalah berbeza mengikut acara.
- Jurusolek mengikut personaliti
Setiap kanvas yang ingin cantik dihari bahagia pastinya mempunyai jurusolek anda yang anda idamkan. Terdapat beberapa kategori jenis solekan yang anda boleh pilih mengikut personaliti. Cadangan aku, cari jurusolek yang sesuai dengan jiwa anda. Contohnya jika anda suka solekan yang natural cari jurusolek yang banyak menyolek klien mereka dengan solekan yang natural. Begitu juga jurusolek yang lebih tebal solekannya, jika anda suka pada solekan yang lebih tebal, jadi lantik jurusolek yang solekannya lebih tebal.
Mengapa aku tegaskan hal ini, adalah kerana setiap jurusolek mempunyai hasil tangan yang dekat dengan personaliti mereka. Jadi elakkan dari ambil jursolek yang bertentangan dengan signature mereka kerana hasil yang anda inginkan mungkin berbeza dengan hasil tangan mereka. Bukan maksudnya jurusolek tidak cukup bagus untuk menginteprasikan hasil mereka mengikut kehendak klien, tetapi hasil tangan mereka itu berbeza-beza pastinya signature dan keunikan mereka akan terhasil juga diwajah kanvas mereka. Jadi sebagai klien perlu bijak dalam melakukan sedikit kajian sewaktu ingin melantik jurusolek di hari bahagia anda.
Tidak salah sebenarnya melantik jurusolek yang lebih profesional dihari-hari bahagia anda. Ini kerana tugas meraka mencantikkan anda diluar sana. Kerjaya mereka seperti kerjaya lain diluar sana. Sebagai seorang klien kita juga mempunyai hak kerana kita yang melantik mereka tetapi memilih mereka sebagai jurusolek juga adalah pilihan anda, jadi ikut peraturan jurusolek yang telah mereka telah tetapkan. Bijak membuat kajian bagaimana hasil yang anda mahukan sebagai klien.
Akan ada entry aku yang akan datang aku kongsikan tentang dunia persolekan ini.
Sekian
Post a Comment