Hari ini Family Mart melancarkan satu ais Krim terbaru mereka Family Mart X GSCinemas iaitu Caramel Popcorn Sofuto dengan perisa popcorn karamel bermentega dan ditambah dengan GSC popcorn sebagai hiasan atas ais krim.
Aku dah cuba tadi masa rehat, sedap sangat-sangat tapi untuk aku yang kurang makan manis ini, pendapat aku sedikit manis tapi rasa gula karamel dalam ais krim yang 'smoke-smoke' dan rasa lemak berkrim dari mentega membuatkan ais krim ini lebih enak lagi-lagi tadi makan masa waktu panas.
Kalau beli yang kon punya pastikan makan secepat mungkin sebab cepat betul cairnya.
Jom saya cairkan hati anda dengan gambar-gambar di bawah
Harga
- Kon = RM 3.90
- Cawan Sundae = RM 4.90
Cepat pergi serbu Family Mart sekarang sebelum kempunan merasa ais krim Caramel Popcorn Sofuto ini. Kalau dah rasa boleh la tinggalkan pendapat anda diruangan komen.
Post a Comment