Gambar dari sumber: Instagram Alcea Coffee
Masa aku masuk dalam kafe ini, dah ramai orang bersarapan di sini. Aku masuk cuma ingin bungkus secawan kopi bersama kawan-kawan aku yang lain. Konsep hiasan dalaman kedai moden dan menghijau membuatkan kafe itu sesuai untuk duduk santai atau bekerja secara atas talian ditambah lagi dengan suasana kafe yang agak senyap dan menenangakan.
Aku bungkus Kopi Piccolo dengan harga RM 12.00 dan kawan-kawan aku masing-masing bungkus Coklat Ais RM 13.00 dan Ais Hazelnut Kopi RM 14.00. Aroma kopi yang aku minum memang puas hati. Kopi Piccolo itu jangan terkejut kalau anda memesannya kerana secawan hidangan lebih kecil dari kopi biasa. Air hazelnut kawan aku pun tidaklah terlalu manis dan masih terasa kepahitan kopi dihujung-hujung. Cuma air coklat kawan aku agak manis sedikit tapi apa yang aku nampak dari mata kasar aku mereka menghidangkan ais coklat menggunakan sos coklat dan bukan menggunakan serbuk. Walaupun agak manis tapi rasa coklat dia aku suka sebab berlemak krim.
Untuk peminat kopi, kafe ini antara idea untuk anda semua mencuba dan menikmati satu lagi kafe yang boleh dikunjungi bersama-sama dengan yang tersayang, rakan-rakan dan keluarga. Cantik kalau ambil gambar dan letakkan di sosial media.
Selamat mencuba😍
INFO
Alamat: D1-03-06, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi : 8:00 Pagi - 7 Malam Dibuka setiap hari
Instagram : https://www.instagram.com/alceacoffee/?hl=en
Post a Comment