Buah Mandarin dimusim perayaan Tahun Baru Cina

Wednesday, 18 January 2023


Hari ini tinggal beberapa hari sahaja masyarakat cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada pada 23-24 Januari 2023. Jadi setiap tahun pastinya buah yang wajib ada ketika menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah limau mandarin. Disebabkan hari ini, bos aku yang berbangsa cina telah hadiahkan unit kami beberapa kotak buah mandrin, tercetus idea mahu menulis tentang kebaikan buah oren ini.

Banyak sebenarnya kebaikan yang terdapat dalam buah oren mandarin ini, selain rasanya yang masam-masam manis enak dinikmati, buah ini mudah sangat nak diperolehi dan sangat sinonim dengan masyarakat Cina sebab itu aku katakan buah yang wajib ketika menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Buah mandarin merupakan buah citrus dan termasuk dalam keluarga buah-buahan seperti oren, lemon, limau purut, limau nipis, limau kasturi, dan juga limau gedang. Buah ini terkandung banyak kebaikan seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Badan kita perlukan kandung-kandungan ini untuk terus kekal sihat. Selain dari itu juga, buah ini berasal dari Asia dan terus berkembang dan terkenal diseluruh dunia.

Limau mandarin juga terdapat beberapa perbezaan dengan limau tangerine dan limau clementine. Buah Mandarin biasanya lebih manis, kulitnya lebih longgar dan mudah dikupas. Manakala buah tangerine pula rasanya lebih kurang manis, warnanya lebih cerah, kulitnya lebih keras dan agak susah untuk dikupas dengan tangan tetapi buah ini tidak mudah lebam atau lembik. Buah limau Clementine pula ciri-cirinya lebih manis, kulitnya yang lebih licin, dan tidak berbiji. Mari terus membaca untuk aku kongsikan kebaikan, serta beberapa idea untuk mempelbagaikan hidangan menggunakan buah mandarin.

Terdapat beberapa kebaikan buah ini, antaranya ialah:

  • Mencegah penyakit.     
Di dalam buah oren ini, terdapat kandungan Beta-carotene dan Beta-cryptoxanthin yang menjadikan    buah ini memiliki antioksidan yang membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser. Dengan menikmati sebiji buah oren anda akan rasakan kebaikannya kerana ia mengandungi 1/4 vitamin C yang disyorkan untuk badan. Beta-carotene juga merupakan agen untuk mengekalkan kesihatan mata dan kulit. Vitamnin C di dalam makanan sebenarnya lebih baik diserap ke dalam badan daripada pengambilan ubat tambahan. 

  • Membantu mengawal berat badan

Mandarin adalah salah satu buah yang penuh dengan kandungan serat. Kandungan serat akan membuatkan perut anda merasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan ia juga mengurangkan rasa ingin makan dan ia dapat membantu mengurangkan berat badan. Selain dari tu, Mandarin juga merupakan agen untuk membakar lemak dan mengurangkan kadar insulin dalam darah. Sesuai untuk dinikmati ketika proses mengawal berat badan. 

  • Menguatkan tulang
Buah Mandarin juga mempunyai kandungan potasium, kalsium dan magnesium. Jika badan memperoleh ketiga-tiga kandungan mineral ini dalam pemakanan, kecenderungan untuk mendapat kesihatan tulang yang lebih baik adalah tinggi. Secawan pengambilan buah mandarin dapat membekal 3% kandungan ketiga-tiga mineral ini.

  • Baik untuk kesihatan kulit
Seperti yang kita tahu, kandungan Vitamin C yang baik dalam buah mandarin ini juga memberi kebaikan pada kulit kita jika digunakan dalam pemakanan. Jika ingin memiliki kulit yang licin dan membaiki kulit, amalkan pengambilan jus oren kerana kandungan serat yang baik di dalam buah mandarin memmudahkan badan untuk membuang dan membersihkan usus kita dari toksid dan secara naturalnya kulit akan lebih cantik. 
Buat citurs ini juga datang dengan pakej antioksidan yang dapat membekal 80% Vitamin C yang diperlukan setiap hari kerana ia membantu kulit meneutralisasikan semula daripada kandungan toksid yang berbahaya dan juga sebarang radikal bebas. Buah ini juga sangat terkenal untuk melambatkan proses penuaan seperti kedutan. 

Cara simpan Buah Mandarin
  • Buah ini akan tahan selama beberapa minggu. Simpan di dalam peti ais jika ingin ia bertahan lebih lama.
  • Elakkan daripada membasuh sebelum penyimpanan
  • Ia bagi mengelakkan daripada buah daripada berkulat dan memberi kesan pada kesegaran buah.
Cadangan Idea cara Hidangan
  • Kek Oren
  • Jus Mandarin
  • Jus Kocak
  • Biskut
  • Oatmeal
  • Salad Buah
  • Ayam Mandarin
Jadi dimusim perayaan ini, ambil kesempatan nikmati buah mandarin sebaik-baiknya. Pastinya rakan-rakan cina kita akan berkongsi buah ini dimusim Perayaan mereka. Jadi sama-sama kita nikmatinya tanpa penyesalan. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua masyarakat cina.



Sumber

  1. https://veritablevegetable.com/tangerines-clementines-mandarins-whats-the-difference/#:~:text=Mandarin%20%E2%80%93%20Mandarins%20are%20generally%20smaller,more%20tart%20than%20most%20mandarins.
  2. https://www.webmd.com/diet/health-benefits-mandarin-oranges#:~:text=Mandarin%20oranges%20have%20even%20more,and%20normal%20growth%20and%20development
  3. https://www.webmd.com/diet/health-benefits-mandarin-oranges#:~:text=Mandarin%20oranges%20have%20even%20more,and%20normal%20growth%20and%20development.
  4. https://uscitrus.com/blogs/citrus-delight-blog/7-proven-health-benefits-of-eating-mandarins
  5. https://www.stylecraze.com/articles/benefits-of-mandarin-oranges-for-skin-hair-and-health/

 


Post a Comment

Instagram