Sarapan di Warung Atok Nenek

Thursday, 26 January 2023



Hari ini aku mahu berkongsi satu tempat makan yang sedap dan paling seronok tempat sarapannya kerana banyak aneka pilihan menu disediakan. Sabtu lepas, aku bersama keluarga abang aku serta mak aku bersarapan di kawasan sekitar Kampung Jimah Lama di Negeri Sembilan.

Sebenarnya tak merancang pun nak bersarapan diluar memandangakan musim Cuti Perayaan Cina. Iyalah takut-takut banyak kedai-kedai makan yang tutup. Maklumlah orang Malaysia ini pantang cuti tak kira cuti orang Cina ke orang India ke cuti Hari Raya ke mesti banyak kedai-kedai yang akan tutup. Jadi nak dijadikan cerita, abang aku ajak bersarapan diluar dan dia juga yang cadangkan Warung Atok Nenek ini.

Kawasan Warung ini agak ke dalam dari jalan besar dan mula-mula masuk kawasan Kampung Jimah Lama ini aku ingat tak ramai pengunjung di warung tersebut sebab agak dalam tapi rupa-rupanya telahan aku meleset sebab masa aku sampai itu orang dah ramai dan boleh dikatakan hampir meja-meja dikedai penuh dengan pelanggan yang datang bersama keluarga besar. Dari rumah mak aku adalah dalam 10 minit nak sampai ke warung tersebut. Kalau susah nak cari boleh pakai Google Maps/ Waze.

Aku sampai sahaja paling aku suka adalah kawasan diwarung, ia dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan sangat-sangat cantik di sekitarnya. Masa aku sampai itu dalam pukul 9 pagi dan cuaca masih sejuk. Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana memang mereka ada sediakan satu kawasan lapang yang dijadikan tempat letak kereta.


Alamat : Kampung Jimah Lama, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 
                            Isnin             Tutup
                            Selasa           6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Rabu             6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Khamis         6:00 Pagi - 12 Tengah hari
                            Jumaat          6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari
                            Sabtu            6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari
                            Ahad             6:00 Pagi - 11:30 Tengah hari

Cara nak pesan makanan sangat-sangat mudah.

  • Kaunter A 
Khas untuk pesan menu yang berasaskan roti sahaja seperti roti canai, roti sarang burung, roti bakar, roti bakar istimewa, murtabak pun ada juga dijual disini dan terus bayar disitu. Cara pembayaran boleh dengan tunai dan boleh QR Pay kalau tak silap aku.

  • Kaunter B
Kaunter untuk pesan menu lain seperti nasi lemak, laksa, kuih muih, bihun sup, lontong, air minuman dan banyak lagi. Cara pembayaran seperti di kaunter A. Menu istimewa dihari minggu adalah nasi lemak daging masak hitam.

Sewaktu pesan menu sila maklumkan meja yang kita duduk sebab mereka akan hantar pesanan mengikut nombor meja. Kalau nak pergi tandas jangan risau sebab tandas memang disediakan disana ya. 



Jika mahu tahu banyak tentang menua terkini boleh ke Facebook mereka di:

Kalau singgah dikawasan Masjid Sendayan bolehlah singgah di Warung Atok Nenek. Sampai ketemu lagi semua.

Sekian.

2 comments :

  1. menarik tempat nih, ada rezeki nak pi cubalah makan kat situ ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau. tempat dia tenang dan menu memang betul2 menu orang kampung

      Delete

Instagram