Kaedah Penyeteman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Personel Mystep

Thursday, 12 January 2023

Assalamualaikum. Hari ini dalam ruangan entry kali ini aku nak berkongsi sedikit macam mana cara-cara nak matikan setem di pejabat LHDN untuk urusan Kontrak Pekerjaan Personel Mystep. Sekarang ini LHDN sudah memudahkan semua para pelanggan. Semua urusan perlu mengisi borang secara atas talian. Jadi sesiapa sahaja yang mahu memperbaharui kontrak kerja sebagai Personel Mystep harus mengikut langkah-langkah seperti dibawah.

Gambar 1

Langkah 1
Gambar 2
Langkah 2
  • Kotak pertama pilih 'Kad Pengenalan/ No Pasport'.
  • Masukkan aksara yang telah diberikan
  • Kemudian tekan butang 'SEMAK' untuk ke langkah seterusnya.

Gambar 3
Langkah 3
  • Isi No. Pengenalan Diri
  • Kotak 'Jenis Pengenalan Diri Tidak' perlu diisi
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan di LHDN (jika tiada sila daftar diruangan utama).
  • Klik butang MASUK
*Jika lupa kata laluan sila tekan RESET dan link penukaran kata laluan baru akan dihantar melalui email.



Gambar 4
Langkah 4
  • Tekan dibutang tambah permohonan baru dibahagian kanan bawah sekali.
Gambar 5
Langkah 5
  • Pilih Jenis penyeteman : Penyeteman Am
  • Jenis Dokumen: Kontrak Pekerjaan
  • Jangan lupa klik butang SIMPAN bagi meneruskan proses.
Gambar 6
Langkah 6
  • Part ini ramai orang melakukan banyak kesilapan kerana pihak PEMBERI/PIHAK PERTAMA adalah milik Syarikat/Agensi/Badan Amanah/ Persatuan, klik dibutang seperti gambar 6 diatas.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan
  • No. Pendaftaran Syarikat isi : 00000
  • Tidak perlu mengisi diruangan : No. Cukai Pendapatan dan Email
  • Jangan lupa klik butang SIMPAN bagi meneruskan proses seterusnya.

Gambar 7
Langkah 7
  • Part ini ramai orang tertukar dengan mengisi di maklumat PEMBERI sedangkan ruangan PENERIMA/PIHAK KEDUA perlu diisi maklumat individu.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tidak perlu mengisi diruangan : No. Cukai Pendapatan jika tiada.
  • Jangan lupa klik butang SIMPAN bagi meneruskan proses seterusnya.
*Jika pernah mengisi dan melakukan penyeteman setem, boleh terus klik di kotak 'guna maklumat dari profil saya'.

Gambar 8
Langkah 8
  • Maklumat dokumen 
  1. Nama dokumen: Kontrak Personel Mystep
  2. Tarikh surat cara: Tarikh Setem dimatikan
  3. Nilai balasan: 0
  4. Bilangan salinan : 2 ( 1 untuk syarikat, 1 simpanan pekerja)
  • Maklumat pembawa dokumen
  1. Boleh diisi maklumat sendiri dengan menekan dikotak 'Guna Maklumat Dari Profil Saya' jika kita matikan setem sendiri di LHDN.
  2. Jika mewakilkan orang lain isi maklumat Pembawa dalam ruang yang disediakan. Kalau nak mudah satu jabatan boleh wakilkan seorang sahaja wakil untuk matikan setem.
  3. Tekan butan SIMPAN .
  4. Isi Akuan Pemohon dan Hantar Permohonan.

Gambar 9
Langkah 9
  • Langkah terakhir di dalam sistem, klik dikotak hijau untuk cetak dokumen permohonan untuk dibawa ke LHDN.


Gambar 10
Langkah 10
  • Contoh Deraf Permohonan yang etlah dicetak.
Selepas mengisi borang secara atas talian, hadir ke LHDN berdekatan, macam aku yang paling dekat di Cyberjaya. Selalunya urusan-urusan seperti ini, aku galakkan datang seawal yang mungkin sebab kalau datang selepas pukul 10 pagi, pasti ramai orang dan kalau sudah ramai orang macam biasalah perlu menunggu lama sedikit. 

Sampai sahaja di LHDN, aku  terus ke kaunter nombor minta Borang Deraf jika mewakilkan orang lain dan ambil nombor giliran. Macam aku dan rakan-rakan, kami mewakilkan rakan yang lain dalam satu jabatan bagi memudahkan urusan orang lain.


Dalam Borang Deraf itu, isi beberapa maklumat yang diminta seperti di dalam borang tersebut. Antaranya adalah:
  • Nama
  • No. Telefon pewakil
  • Alamat
  • Tanda Tangan
  • Nombor Deraf individu yang kita wakilkan. 
  • Contoh No Draf : 23D03C1F1
Sampai sahaja nombor giliran terus beri semua kontrak termasuk sekali Borang Deraf yang telah diisi kepada pegawai LHDN di kaunter. Tidak lama selepas itu, aku dipanggil untuk membuat pembayaran. Pembayaran bagi satu kontrak bernilai RM 10. Jadi aku ada 14 kontrak dan jumlah yang perlu dibayar kepada pegawai LHDN berjumlah RM140.00. Aku galakkan bawa wang tunai kerana lebih mudah walaupun dalam borang atas talian kalian isi cara pembayaran secara Bank Draf. Di kaunter pegawai LHDN akan minta dibayar secara tunai. Tapi ikut pada pegawai juga.


Itu sahaja perkongsian aku kali ini. Walaupun kontrak kerja ini memang dibuat banyak kali, tapi mesti akan ada kesilapan atau perkara-perkara yang kita akan terlepas pandang. Diharap perkongsian ini dapat memudahkan anda semua. Kalau ada sebarang penamabhan atau pengalam anda semua jangan maulu-malu kongsikan diruangan komen.

Sekian.






Post a Comment

Instagram