Koleksi Tumbler Starbucks 2023

Wednesday 18 January 2023

Pada 17 Januari 2023 Starbucks telah melancarkan koleksi pertama di tahun 2023. Koleksi tumbler Starbucks ini memang selalu dinanti-nanti oleh semua pencinta dan pengumpulnya. Walaupun harganya agak mengoyakkan poket pembeli tetapi tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Setaip kali keluarannya tidak pernah mengecewakan. 

Harganya bermula dari RM 88.00 sehinngga RM 168.00. Tumbler ini kelebihannya ketahanan suhu air dalam tumbler ini yang aku suka kerana suhunya boleh kekal 3 sehingga 6 jam. 


Koleksi kali ini aku berkenan dengan yang kuning ini sebab aku dah ada beberapa koleksi untuk air panas jadi aku kumpul yang boleh letak air sejuk pula.😋

Bagi yang masih tidak tahu saiz tumble starbuck, aku bantu kalian semua dalam kiraan ml.

Saiz tumbler :

  1. 12oz = 360 ml
  2. 16 oz = 470 ml
  3. 20oz = 600 ml
  4. 24 oz = 710 ml

Jom intai-intai antara koleksi terbaru dari Starbucks.

Kategori sesuai untuk air-air panas

Snowflake Silver Pearl Stainless Steel Tumbler (12oz)

Snowflake Iridescent Stainless Steel Hydration Bottle (16oz)

Kategori sesuai untuk air-air sejuk

Snowflake Gradient Tumbler (12oz)

Pink Grid Cold Cup (24oz)

Blue Grid Cold Cup (24oz)

Yellow Jewel Cold Cup (24oz)

Kategori air sejuk dan panas

Ice Snowflake Gradient Stainless Steel Tumbler (16oz)

Jom ramai-ramai serbu kedai Starbucks terdekat anda untuk dapatkan tumbler yang berkenan dihati. Jangan lambat-lambat ya, takut nanti semua orang dah borong. Takut nanti menyesal pula terlepas koleksi kali ini.

Kalau ada kad Starbucks atau aplikasi Starbucks di dalam telefon bimbit lebih mudah dan boleh kutip point daripada pembelian tumbler kesukaan anda. Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan Starbucks jangan lupa tinggalkan komen anda diruangan komen. Semoga berjumpa lagi😊

Sumber:


Post a Comment

Instagram