Cara Mengawal Penyakit Gegata/Alahan

Monday, 9 January 2023

https://www.allergyuk.org/types-of-allergies/urticaria-hives-other-skin-allergy/

Hi semua. Diruangan kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang satu penyakit yang bertahun-tahun aku hidapi. Penyakit ini sebenarnya dikenali sebagai Urticaria, allergic atau bahasa kampungnya lebih dekat dengan nama alahan, gegata, sopak garam, bintat, gegatal dan banyak lagi aku rasa. Tapi topik untuk kali ini aku berkongsi tentang alahan yang aku alami. Penyakit ini sebenarnya aku dah mengalami bermula dari umur 9 tahun sehingga menginjak dewasa. 


Penyakit ini sebenarnya tiada ubat menyembuhkan tapi kita dapat mengawalnya dengan baik sebab setiap orang alahan dia tak sama dengan orang lain. Penyakit ini juga akan reda sendiri dalam beberapa jam apabila seorang terkena gegata/alahan. Aku bukan seorang pakar perubat tau. Tapi perkongsian ini sebenarnya pengalaman aku bagaimana aku mengawal dan hindarkan alahan aku dari kerap menyerang. Dalam ruangan kali ini aku nak berkongsi bagaimana nak mengawal penyakit ini dari melarat.

Alahan juga sebenarnya satu tidak balas hipersensitif dan apabila sistem pertahanan badan bertindak balas kepada benda asing yang masuk ke dalam badan.

Penyakit ini telah diwarisi dari sejarah keluarga sendiri dimana ketika ibu aku mengandungkan aku, dia mula mendapat gegata ini dari awal usia kandungannya. Jadi secara tidak langsung pasti aku juga akan mewarisi penyakit ini kiranya dalam kes ini adalah dari faktor genetik. Hanya orang yang menghidapi penyakit ini sahaja tahu petapa peritnya bila 'dia' datang. Iya lah punya la merenyam tu bukan main lagi kalau boleh rasa nak disiat-siat kulit yang alahan ini. Tapi alhamdulillah hampir setahun aku dapat mengawal alahan aku dari pengambilan ubat-ubatan dan suntikan ubat dari klinik.

Beberapa tips untuk mengawal penyakit gegata/alahan.

Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan dalam bentul pil, losyen mahupun suntikan merupakan salah satu cara untuk mengawal alahan dari menjadi semakin teruk. Dapatkan rawatan doktor jika berlaku tanda-tanda alahan seperti gatal-gatal hidung, anggota badan mula naik merah-merah seperti gambar diatas, mata berair, sesak nafas. Jadi mereka yang mengalami gegata mesti juga bersedia dengan ubat-ubatan ini.


Ubat Pil: Loratadine, Cetirizine, Fexofanadine

Jangan Menggaru Ketika Alahan

Ketika alahan sedang beraksi, cuba untuk kawal supaya gatal-gatal dibadan tidak semakin teruk. Alahan ini kalau kita makin menggaru, maka mekin merebak la keseluruh tempat. Cuba kawal dengan sapu krim yang telah diberikan oleh doktor. Tapi perlu diingatkan krim atau losyen itu digunakan dibahagian luar sahaja. Pengalaman aku pula, bila alahan dah start naik diseluruh mukadan badan,  aku akan avoid mandi dan duduk atau baring dengan tenang supaya aku tidak stress dan menyebabkan gegata menjadi lebih teruk.

Kurangkan Gula dalam Darah

Ini sebenarnya ramai orang penghidap gegata tak perasan. Puas mencari punca bagaimana alahan boleh terjadi sedangkkan kita dah cuba elak dari makan benda-benda yang membuatkan kita alahan tapi masih juga penyakit ini bertandang. Ada juga penghidap alahan yang alah dengan cuaca elakkan dari cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk tapi masih juga terkena gegata.

Tapi sebenarnya itu juga yang aku alami dimana bertahun-tahun aku mencari punca alahan aku. Akhirnya setelah 19 tahun baru aku tahu yang sebenarnya gula juga menjadi punca aku mengalami alahan bertahun-tahun. Alhmadulillah bila aku kurangkan gula dalam badan, banyakkan minum air kosong aku dah dekat setahun tak dapat alahan. Sebenarnya faktor pengambilan gula adalah punca terbesar aku mengapa alahan aku susah dihindarkan.

Jadi ini adalah beberapa tips untuk penghidap penyakit gegata/alahan yang boleh aku kongsikan. Banyakkan pengetahuan dengan lebih mendalam tentang perubahan badan serta penyakit gegata yang yang kalian hidapi. Paling penting ialah kalian tahu apakah jenis alahan yang kalian hidapi supaya kita dapat mengelakkan diri kita terdedah dengan apa sahaja benda asing yang membuatkan kita mendapat alahan. 

Semua perkongsian diatas adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja. Macam aku cakap, lain orang lain pengalamannya. Moga manfaat ini kita dapat nikmati bersama. Jika sesiapa sahaja yang pernah alami jangan segan-segan untuk berkongsi pengalaman diruangan komen ya.


Sumber:

https://www.allergyuk.org/types-of-allergies/urticaria-hives-other-skin-allergy/

https://tips-kesihatan.com/alahan-atau-alergi-jenis-jenis-dan-cara-merawatnya/ 

https://haliahitam.net/blog/turunkan-bacaan-gula-dalam-darah-7-hari/

https://hellodoktor.com/ubat/loratadine-adalah/


2 comments :

  1. teruk juga kalau kena alahan gegata ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. kadang-kadang nak nagis kalau dah gatal satu badan

      Delete

Instagram