Kawan Imaginasi

Tuesday, 31 January 2023


Pagi ini aku buka lama twitter aku. Aku ada terbaca satu topik yang menarik perhatian aku iaitu seorang kanak-kanak yang mempunyai kawan imaginasinya. Kisahnya budak ini dapat kawan yang hanya dia seorang sahaja dapat melihat bernama Amely. 

Dari komen-komen yang aku baca, ada juga kes lebih kurang dengan adik ini dimana kes-kes seperti ini merupakan antara tanda-tanda skizofenia dalam kalangan kanak-kanak. Topik ini sangat-sangat menarik perhatian aku kerana aku memang tidak sangka yang sakit skizofenia boleh dapat pada kanak-kanak seawal umur mereka. Skizofenia ini antara gangguan mental yang serius dimana mereka menafsirkan realiti secara tidak normal. Penghidap skizofenia ini mereka selalu berhalusinasi, berkhayal, dan mempunyai tingkah laku yang tidak normal dan menjejaskan fungsi harian. Mereka juga memerlukan rawatan seumur hidup.

Dalam kes adik ini, ada juga yang mengatakan dari gangguan jin yang mana ada kanak-kanak yang terbuka hijab yang boleh nampak benda-benda halus di sekeliling mereka. Sampai boleh buat jadi kawan walau dalam dunia yang berbeza. Antara gangguan jin adalah jin Ummu Sabyan yang gemar mengganggu kanak-kanak. Untuk elakkan gangguan adalah jangan bagi anak-anak kita keluar pada waktu maghrib. Takut ada yang ikut tanpa kita sedar.

Kasihan kanak-kanak ini seusia 9 tahun jika tidak dapatkan rawatan secepat mungkin. Pada aku, selain berjumpa dengan ustaz, yang sudah diusahakan oleh ibu ayah adik ini, perlu juga kiranya berjumpa dengan psikiatri kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak ini. Kita tak faham apa yang dialami mereka dalam situasi ini. Takut lama-lama jadi boleh buat jadi tertekan jika tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.

Ramai rupanya kanak-kanak sekarang yang mengalami masalah yang sama dari komen-komen yang aku baca. Jadi para ibu bapa perlu cakna dengan perubahan yang berlaku dari tingkah laku anak-anak kita. Kanak-kanak ini tidak pandai nak bagi tahu dengan cara pemahaman orang dewasa jadi pandangan aku ibu bapa perlu selalu berkomunikasi agar mereka selalu bercerita dan mengelakkan wujudnya kawan imaginasi mereka.

Kita sama-sama doakan sesiapa sahaja yang mengalami situasi seperti adik ini dapat diberi kesembuhan seperti sedia kala dan dapat jalan penyelesaiannya. Semua yang aku kongsikan ini hanya untuk perkongsian dan pendapat aku sahaja. Semoga bermanfaat untuk pembaca semua.

Disini aku kongsikan kronologi cerita adik ini. 



Sumber dari : Twitter koyumasam


Post a Comment

Instagram