Akar tumbuhnya kecurangan

Tuesday, 10 January 2023


' Pasanganmu adalah pilihanmu,  Pasanganmu adalah takdirmu. Maka janganlah memandang selain yang telah ditetapkan olehmu janganlah juga membandingkannya dengan yang lain kerana apa yang ditakdirkan buatmu adalah anugerah dan amanah Allah untukmu'.

Kisah kecurangan ini menjadi satu kebencian dalam masyarakat kita dulu, kini dan selamanya. Tapi walaupun menjadi kebencian tapi itu juga yang terjadi kepada sesetengah individu. Jadi sebenarnya kecurangan ini pilihan atau pun sudah ketentuan?

Banyak kes-kes kecurangan ini sebenarnya tidak Allah uji tanpa asbab yang kukuh tapi sebenarnya hanya bertujuan bagi manusia untuk saling belajar dan mengambil iktibar dari apa yang terjadi dari kisah-kisah yang telah terjadi. Skop aku dalam entry lebih menceritakan hubungan golongan yang sudah berumahtangga. 


Terjadinya kecurangan tidak berlaku dengan tiba-tiba. Pada aku semua perjalanan penceritaan kecurangan pasti berbeza tapi rasa sakitnya tetap sama dan ia terjadi melibatkan banyak pihak. Jadi kita tidak boleh hanya menunding hanya satu pihak. Banyak kes kecurangan yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita hari ini tidak kiralah dari golongan masyarakat mahupun selebriti. Tetapi golongan selebriti kisah peribadi mereka lebih menarik disebabkan kehidupan  mereka menjadi perhatian masyarakat berbanding dengan golongan marhaen.

Banyak sebenarnya punca-punca kecurangan. Antaranya:-

Masalah Komunikasi

Masalah terbesar aku rasa paling banyak dihadapi dalam setiap perhubungan adalah komunikasi. Percayalah jika kita memperbaiki komunikasi antara pasangan ia menjadi alternatif untuk kita membaiki setiap masalah dengan cara berbincang. Lebih terbuka meluahkan antara satu sama lain, menerima nasihat dari pasangan untuk lebih membaiki diri. Ramai wanita kebanyakan diluar sana yang selalu mengambil pendekatan memendam dan buat konklusi bahawa pasangan kita akan faham apa yang kita rasakan tapi terjadi sebaliknya. Tidaklah semua wanita begini tapi aku rasa ini adalah sifat wanita yang inginkan perhatian apabila merajuk mahu dipujuk tapi aku rasa sakit memendam ini kadang-kadang memakan diri. Ini juga aku rasai diawal perkahwinan, tetapi memasuki usia perkahwinan ditahun k-4 aku rasa ini bukan menyelesaian yang paling tepat jika kita mahu saling memahami dan mencapai solusi yang baik dalam setiap masalah yang dihadapi.


Kadanga-kadang kita selalu bercerita tetapi jarang menjadi pendengar yang baik untuk pasangan kita. Menurut aku, kaedah ''Pillow Talk'' sangat-sangat berkesan untuk saling meluahkan segalanya dengan pasangan setelah seharian menjalanakan rutin harian yang memenatkan. Jadi lama-kelamaan mula pasangan hilang minat dan hubungan mula renggang. Ini yang membuatkan peluang kepada orang ke-3 lebih cerah kerana mereka yang mampu memberi perhatian kepada pasangan kita. Kecurangan ini bukan berlaku dalam masa terdekat tau, dia akan mengambil masa. 

Zaman teknologi juga menjadi faktor yang membuatkan ramai pasangan hari ini lebih memilih dunia media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi. Hal-hal yang melibatkan perasaan terlalu berkongsi pada mengikut sosial media. Ini juga membuatkan kurang komunikasi antara pasangan tapi luahan lebih kepada dunia luar. Jadi keseronokan bercerita bersama pasangan kurang berbanding kita bersama dengan sosial media. Menurut aku, kaedah ''Pillow Talk'' sangat-sangat berkesan untuk saling meluahkan segalanya dengan pasangan setelah seharian menjalanakan rutin harian yang memenatkan. 

Pudarnya hubungan romantis

Bertahun-tahun melayari perkahwinan sepatutnya menjadi kunci kita lebih mengenali pasangan kita lebih dari orang lain. Hubungan yang lebih romantik seharusnya selalu disemai dalam hubungan suami dan isteri. Cuma masalahnya dalam masyarakat kita kurang mengeksperasikan hubungan cinta sesama pasangan dalam bentuk ucapan romantis, perbuatan manja yang membuatkan hubungan itu selalu segar. Ucapan manja nampak mudah tapi tak mudah diungkapkan bila bertahun-tahun melayari alam rumahtangga. Tidak perlu melakukan hal-hal yang besar tapi cukup konsisten dalam menjaga perkara-perkara yang kecil tapi indah. Selalu memohon maaf diantara pasangan sebelum tidur itu antara hal-hal kecil yang menghangatkan hubungan cinta antara pasangan.

Selalu mencari salah pasangan

Ini yang banyak terjadi bila kecurangan mula tercipta kerana berawal dari mencari kesempurnaan dan mencari salah pasangan kita. Tidak boleh silap sedikit mulalah akan menunding jari pada orang lain. Apabila bergaduh kita akan rasa tindakan kita itulah yang paling tepat, tidak ada cacat cela. Kadang-kadang tindakan kita itu sebenarnya melukakan hati banyak pihak dan hanya memuaskan hati kita sahaja. Kesalahan yang kecil semakin dibesar-besarkan. Sikap mementingkan diri inilah kunci utama dalam retaknya sesebuah hubungan.
Jadi pada aku sebenarnya pilihan untuk semua insan yang memilih untuk curang. Tiada paksaan pun tetapi golongan ini terlalu tamak. Jika tidak lagi suka pada satu hubungan lepaskan secara baik untuk pergi pada yang dicintai. Tetapi mereka memilih untuk jadikan hubungan itu digantung tidak bertali. Pada aku inilah sebenarnya hubungan toksik, hubungan yang hanya menimbulkan hal-hal yang menyedihkan sedangkan hubungan cinta itu harus lebih banyak indahnya dari derita. Jika sayang kedua-duanya, harus mencari solusi dalam hubungan tiga segi itu agar semua orang dapat menikmati kebahagiaan bersama-sama.

Kebencian ramai orang pada golongan ini bukan hanya diduakan pada awalnya, tetapi mereka lebih memilih menipu dari berlaku jujur terhadap pasangan mereka. Penipuan ini sebenarnya punca hilang rasa percaya pada pasangan yang memilih untuk curang. Apalah maksud hubungan yang diredhai Allah sedangkan jalan yang dipilih itu sudah salah. Hubungan kerana Allah ini bukan hanya menjadi sebutan dibibir sahaja tetapi harus ditunaikan kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah. Hubungan suci ini seharusnya difahami dan dilaksanakan sebagai bentuk ibadah. 

Nasihat aku, jika kita di dalam hubungan toksik ini, rujuklah pihak-pihak yang pakar untuk meminta nasihat serta tindakan yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini. Sebolehnya bertindak dalam keadaan rasional supaya langkah kita lebih teratur dan tidak menyesal dikemudian hari. Tiada masalah  yang tidak dapat diselesaikan. Memang orang kata berkata-kata mudah tapi belum kena pada batang hidung sendiri, itu tidak dapat dinafikan tapi daripada membiarkan perasaan menjeruk lebih baik keluarlah dalam hubungan yang tidak lagi memberi apa-apa makna lagi untuk kita. Tetapi jika masih boleh menyelamatkan hubungan itu tidak salah kiranya memberi peluang ke-2 demi masa hadapan yang baik.

Berundur sedikit mencari kaedah yang paling baik untuk semua pihak bukan bererti mengalah tetapi untuk mengorak langkah lebih bahagia dimasa akan datang.  Jika mereka memilih untuk curang jadi kita juga berhak memilih untuk bahagia. Setiap manusia definisi bahagianya itu berbeza-beza. Jika mereka memilih untuk berpisah dengan hubungan yang dicurangi, maka jangan kita menghukum dan menyatakan pendapat kita dengan sewenang-wenangnya malah begitu juga sebaliknya. Hormati dan tulang belakang yang postif juga sangat-sangat membantu untuk mereka mendapatkan penyelesaian yang lebih baik tanpa memandang lagi apa yang sudah terjadi.

Entry ini hanyalah perkongsian aku dan pendapat aku sahaja. Tiada tujuan untuk menunding jari atau merujuk mana-mana cerita kisah-kisah orang lain. Mungkin perkongsian dan motivasi ini memberikan kebaikan kepada para pembaca.

Sekian.


Sumber:

https://www.istockphoto.com/photos/love-triangle
https://cyber.ng/how-toxic-relationships-can-hurt-your-next-relationship/
https://www.ayobandung.com/netizen/pr-79707178/toxic-relationship-racun-dalam-hubungan
https://www.femina.in/relationships/love-sex/how-to-get-out-of-a-toxic-relationship-177876.html



 



4 comments :

  1. Ini semua pilihan juga, kadang dah curang tu tapi dia berubah jadikan hubungan yang halal dan perbetul mana yg salah takpe. Jgn mcm kes terbaru ni... Sol sol sol

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kalau belajar dari kesilapan boleh diberi peluang ke 2. ye lah semua manusia buat silapkan. betul ks terbaru ini memang menyedihkan betul.

      Delete
  2. kadang hairan dah kawen 4 5 tahun dan keatas pun boleh curang, tinggal anak bini. Mungkin dr awal perkahwinan, masing2 tak baiki kekurangan yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangkan hubungan yang bertahun-tahun dah ada pengikat kasih pula tu.

      Delete

Instagram